Pencipta Password pertama untuk komputer Fernando Jose Corbato Meninggal

On July 17, 2019 by Madasunu

Setiap laman sosial media dan web memerlukan pasword sebelum digunakan untuk hanya pemilik yang boleh mengakses data pribadi admin Tetapi mungkin banyak tidak tahun yang bertanggungjawab memperkenalkan Pasword untuk komputer  Fernando José Corbató dan beliau telah meninggal dunia dua hari yang lalu pada usia 93 tahun.

Ketika di MIT, Fernando José Corbató yang merupakan seorang saintis komputer terlibat dalam pembangunan sistem operasi Computer Time-Sharing System (CTSS) pada tahun 1961. CTSS membenarkan lebih dari satu individu untuk menggunakan satu komputer menerusi profil pengguna berbeza dengan data peribadi yang tidak boleh diakses pengguna lain. Untuk mengakses data peribadi, setiap pengguna perlu mempunyai password berbeda

Selain penggunaan kata laluan, CTSS juga adalah sistem operasi pertama yang menyokong versi awal emel, penghantaran pesan dan perisian pemprosesan kata yang kini digunakan dengan meluas. Untuk menghargai jasa beliau kepada dunia perkomputeran, Corbató dianugerahkan Turing Award pada tahun 1990.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *